Saturday, November 7, 2009

kalau ketenangan yg kau cari.



minda itu;
pertamanya;
perlu berhenti menghukum.

menghukum manusia lain maksud aku.


Tuesday, November 3, 2009

Masalah-masalah yg dihadapi oleh anak gadis masa kini.

versi malas taip panjang-panjang sebab harini bahang betul cuaca.

1. Compact powder selalu pecah. Ya, pagi tadi. Untuk keberapa kali dalam tahun ini. Haha. Anda ada masalah ini?

2. Dah pakai tudung lama gila pun tetap tak pandai-pandai. Kejap bulat kejap senget kejap lonjong kejap indon. Serious wei. Mira pun alami masalah ni. :P

3. Getah rambut dan pin tudung selalu hilang. Ini macam tak perlu explain. Ke aku sorang je bermasalah? Haha.

4. Nafsu terlalu besar. Tak, maksud aku terhadap shopping. Jangan fikir lain :D Macam dah ada sepuluh selendang baru belom pakai pun still, jumpa yg cantik nak beli lagi. (okay siapa terasa? hahaha)

5. Kaki selalu melecet. (idea Tini) Huduh gila dah kaki. Bila nak kaya dan mampu beli Clarks?

6. Boyfriend lari hahahaha dah ar takde idea dah.

ps/ apakes update blog hari-hari?

Monday, November 2, 2009

Cara berus gigi dengan efisien.

I found it hard to teach people about something they might've been practising for years. Something like "how to brush your teeth in a correct way".

Dekat fakulti I, *tiba tiba tukar bahasa* kitorang ada satu subjek yg dipanggil Oral Health Education; di mana kitorang (the students) kena discover masalah yg patients kitorang hadapi. kenalpasti dan cuba untuk educate mereka ke arah gaya hidup yg lebih bermutu dan sihat. okay ayat over. tapi lebih kurang macamtu lah.

Di sini I, walaupun korang tak suruh/minta, dengan baik hati dan berbangga sekali ingin menunjukkan langkah-langkah untuk discover masalah patient masing-masing.

1.
dye ini, titik dua kali bawah lidah dan suruh patient gerakkan lidah ke semua permukaan gigi. Ia akan mewarnakan taik gigi anda dgn warna hijau.

2.
Lepastu, I dan patient I akan berdua-duaan masuk kepala dan separuh badan dalam kotak ini (imaginasi diperlukan disini), dan plaque/tahi gigi akan menyala hijau (AJAIBNYA) and I have to calculate berapa percent tahi gigi yg menyala. (ini rupanya kerja aku, kira taik gigi orang (-.-"). Kesimpulannya, sekiranya anda ingin berdua-duaan dgn I di dalam gelap tanpa kena tangkap basah, boleh email untuk jadi patient I sekarang!!!


3.
So after I dah kira percentage, I kena tanya beberapa soalan untuk determine kenapa agaknya ya, patient I ni plaque score-nya 73.5% (contohnya). Dan after I dah diagnose punca masalah dia, I kena educate dia bagaimana untuk mengurangkan percentage plaque dlm mulut dia. Antaranya, ajar cara berus gigi dgn betul---> part paling susah. sebab tak semua orang boleh terima cara mereka rupanya kurang efisien.

.
.
.
.
.
.

Jap. Motif sebenar I tulis post ni sebab nak ajar berus gigi.

Untuk mendapatkan kebersihan mulut maksima, anda perlu pertama sekali SISTEMATIK. Ya, berus gigi dengan sistematik maksudnya di sini.

Ok kita mula dengan gigi atas (contohnya). Cara yg betul ialah mula berus gigi dari gigi geraham belakang belah kanan, ke gigi depan dan berakhir di gigi geraham belakang belah kiri. (belah mana start dulu tak kisah, ikut keselesaan anda)

Faham?

Macam I selalu biasanya berus gigi mula dari depan, baru ke belakang. Hehehehehehe korang pun kan?

Lagi satu, kalau boleh pilihlah berus gigi yg bristle-nya soft. Ada juga orang (esp lelaki) yg suka sgt guna berus gigi Hard. sebab diorang rasa bila hard, lagi efektik nak bersihkan gigi. Tak tak tak, salah tu. In fact, kalau guna hard, gusi anda boleh get inflammed dan berdarah.

Tukar berus gigi, sekurang-kurangnya 3 bulan sekali. Kalau agak-agak dah kembang siap dah boleh jadi berus jamban tapi belum 3 bulan lagi, tukar la jugak. Janganlah naif sangat. Okay?

Oh. Malas macam mana pun, wajib berus gigi sebelum tidur. (khas utk Abang Nizam)

Okay I tahu susah untuk ubah habit ini, tapi cuba jaya okay.

Cuba jaya. Pasti berjaya. (hahah lame gila)



Okay ah I nak balik 10th dah.

ps/ I lukis tanpa mouse. So tak boleh salahkan I lukis buruk. Hahaha.

Sunday, November 1, 2009

Kicap Patimah.

Sebab aku agaknya memang menjengkelkan, dan mungkin juga sebab bila malam rasa takut mula menjelma, atau mungkin jua sebab takde kerja, habis semua orang yg online aku pergi tanya; wei ko dah study ke belom? dan tanpa sempat orang lain jawab, aku jawab dulu; aku belom wei, mati arrrr.

Haha. Memang menjengkelkan.

Ada dua tiga orang jawab tengah study, dan paksa aku pun pergi study sebab taknak aku kacau diorang study hahaha mestilah aku terus kacau lagi.

Ada yg menipu jawab belom lagi, lalu menipu sekali lagi respond kepada kerisauan aku dgn berkata; takpe takpe kita mati sama-sama kali ni. Hahaha memang sahabat sejati.

Persoalannya di sini :

KENAPA BILA NAK STUDY, MALAS MENYERANG BERTUBI-TUBI?

ps/ aku rasa aku kena minum ubat tambah tenaga batin so that aku boleh stay up malam-malam. apa ubat batin paling power, suggest sikit pleasee.

Wednesday, October 28, 2009

SAYA GADIS EMO. eh eh

Kawan aku ada juga dua tiga orang yg tanya, kenapa aku bunyinya macam sedih dalam post maksud cinta baru-baru ni. Siap kasik nasihat cakap jangan sedih rileks lah jangan fikir sangat dan lain-lain. Macam biasa aku mestilah gelak. Gelak ikhlaslah tapinya. Sebab jujurnya aku tak sedih pun. Maksud aku, apa yg nak disedihkan? Kan? In fact, petang masa aku taip entry tu aku tengah gelak pecah perut dgn budak-budak ni.

Jap. Memang bunyi macam sedih ke entry tu? Hmm. *garu-garu dagu*

Semalam, masa aku tengah bancuh-bancuh plaster dalam lab, datang pulak sorang kawan aku, yg aku ingatkan dah lama tak singgah blog aku (sejak jadi peminat blog abang aku, GATAI ANDA NO) sembang punya sembang tiba-tiba dia cakap aku bunyinya macam matured dalam blog. Haha. Yg ni buat aku gelak besar (dalam hati mungkin; sebab masa tu ramai seniors so malas ah :P) Sakinah MATURED? Wooo.

Haha. Dan dia pun gelak lah of course. Sebab dia kenal aku in person. Jadi dia tau berapa tahap retardation maturity aku. Haha.

Jadi aku pun fikir. Hish, macam mana kalau orang yg tak kenal aku, and just baca blog aku ni je? Hahaha agaknya ada tak korang ingat aku ni minah emo suka main emosi kalau jalan muka nak masam macam mintak lempang dan asyik duduk termenung fikir masa lampau ke apa. Haha

Okaylah just so you know, aku tak macam tuuuu auw pleaseee i bukan minah emo okay. *hahah tak ngaku* I cuma suka berfikir (hahaha siapa nak lempang aku angkat tangan)

Macam dalam perjalanan balik kolej ke apa, biasanya dalam kereta aku kalau diam tu, ada lah something in my mind yg aku dok jenuh fikir. Biasanya benda-benda yg aku nampak/rasa/alami. Atau apa saja lah yg aku boleh relate dgn life. Apa saja.

Biasanya lah.

Ada masa aku bising gila pulak dalam kereta. So yeah, it depends. Macam kalau ada benda yg menarik minat aku utk fikir, most of the time aku akan diam dan fikir. Selalunya masa dlm kereta.

Atau atas katil.

Macam sebenarnya, kalau aku tekup bantal dengan muka tak semestinya aku tidur. Hahaha ada satu malam tu aku tgh tekup bantal tiba-tiba aku dgr roommate aku gelak sorang-sorang dan cakap, "tidur je keje minah ni" hahaha aku dengar okay Azimah.

Eh.

Apa kena mengena suka berfikir dengan entry aku?

Oh. Macam bila aku fikir tentang sesuatu, kalau it's personal biasanya aku akan biar dia hilang macam tu je, but if I think I should share with you guys, so aku post lah. Hehe.

Soooooooooo.

Aku tak sedih atau rasa apa-apa, sekarang dan masa aku taip entry cinta-cinta haritu. Hehehe. Yang haritu tu was just one of my random thoughts.

Tapi tak salah (bagi aku) untuk kadang-kadang emo. It's a sign that you're actually normal. Betui dak?

ALAMAK DAH PUKUL 3 OKAY BYE DAH LAMBAT NAK KENA P KLINIK CIAOOOO.


ps/ dah baik demam lepas swimming semalam^^