Nov 28, 2011

rasa itu ini sementara.

balik kelantan weekend lepas.




tahu tak perasaan bila take off?

laju tiba-tiba, nervous pun datang, dan bila plane mula naik perut jadi geli, telinga rasa funny, tengok tingkap semuanya jadi kecil, makin naik makin jauh, makin lama cuma nampak titik titik lampu cantik. pandang sebelah - ada muka asing sedang tersenyum, nervous hilang lalu kita pun senyum balik.





kadang-kadang, sampai satu masa, kita (atau saya) hanya mahu lari. laju laju tinggalkan semua di belakang. tak pasti apa yang tunggu di depan, tapi saya cuma mahu lari. dia bagi seribu rasa- takut berdebar tak pasti tak difahami, tapi saya cuma perlu beranikan diri.



bukan sebab penat/tak suka/give up dengan realiti.


cuma berharap,
bila landing nanti,
saya landing sebagai yang lebih baik lagi.



bila penat berlari,
saya balik nanti,
saya balik sebagai yang tak lembik lagi.